‘ZAYAN Masjid Motorhome Tour’ Bakal Temui Peminat di Lima Negeri 7 Oktober Ini

Semua peminat ZAYAN dijemput hadir untuk memeriahkan ZAYAN Masjid Motorhome Tour yang akan diadakan pada 7 Oktober, bermula 6 pagi hingga 8 malam di lima masjid sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa satu hari perjalanan.

‘zayan masjid motorhome tour’ bakal temui peminat di lima negeri 7 oktober ini

Lokasi-lokasi ZAYAN Masjid Motorhome Tour di bawah:

‘zayan masjid motorhome tour’ bakal temui peminat di lima negeri 7 oktober ini

ZAYAN Masjid Motorhome Tour bakal memberi pengisian dan aktiviti menarik kepada para peminat termasuk solat berjemaah di lokasi lawatan, permainan yang menghiburkan, pemberian barangan eksklusif ZAYAN serta sesi beramah mesra bersama selebriti tempatan dan personaliti-personaliti ZAYAN termasuk Fynn Jamal, Mawi, Anas, Faisal Ismail (ZAYAN Pagi), Lin Ariffin (ZAYAN 10-3) serta Hadhari dan Hazwan (H&H di ZAYAN).

 

Sebagai tambahan, para peminat ZAYAN juga berpeluang menang hadiah wang tunai dalam peraduan-peraduan menarik seperti Tebuk Surah ZAYAN, di mana peserta perlu memberi sambungan ayat dari surah yang dibacakan, dari sekarang hingga 6 Oktober dan Siapa itu ZAYAN?, di mana peserta perlu meneka suara penyanyi mengikut sedutan lagu nasyid, bermula pada 9 hingga 20 Oktober di udara.

 

Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial.