Majlis Tahlil di Game Roblox Anjuran Zayan bersama Cikgu Zyd Cipta Sejarah

Roblox merupakan satu platform sistem pembangunan permainan dalam talian yang membolehkan pengguna untuk mereka bentuk permainan mereka sendiri menjadi ‘avatar’ dan memainkan pelbagai jenis permainan yang dibuat oleh pengguna lain.

majlis tahlil di game roblox anjuran zayan bersama cikgu zyd cipta sejarah

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan sekumpulan kanak-kanak dari Malaysia, berhimpun dalam permainan Roblox, bagi melakukan protes terhadap kekejaman rejim Zionis.

 

Selepas mendapat perhatian meluas seluruh dunia, Cikgu Zyd atau nama sebenarnya, Afiq Mat Zaid bersama-sama radio Zayan telah menganjurkan satu acara tahlil dalam talian di platform digital berkenaan.

majlis tahlil di game roblox anjuran zayan bersama cikgu zyd cipta sejarah

Turut disertai selebriti radio Zayan seperti Faizal Ismail, acara Tahlil Roblox ZAYAN yang diadakan selepas solat Isyak pada malam ini (23 Nov) bertempat di Dataran Festival Tanah Melayu nyata mendapat sambutan menggalakkan daripada warganet di platform permainan digital Roblox.

majlis tahlil di game roblox anjuran zayan bersama cikgu zyd cipta sejarah

 

@zayan.my Roblox @Faizal Ismail kena diet bak kata @Ustaz Bola 😂 Macam-macam style avatar announcer kita ni 😎 #ZAYANshare #TahlilRobloxZAYAN #ROBLOX ♬ Roblox Theme Song (lofi edit) - The Remix Station & ControllerFi

 

 

@zayan.my Alhamdulillah✨ Ramai dah menghadiri Tahlil Roblox ZAYAN untuk saudara kita di Palestine 🇵🇸 #ZAYANshare #TahlilRobloxZAYAN #ROBLOX #FreePalestine #Palestine #RobloxPalestin ♬ bunyi asal - ✍️ lirik lagu 🎶 Sis Ena

 

Turut dianjurkan perarakan soladiriti untuk saudara kita di bumi Palestin.

 

@zayan.my PERARAKAN solidari untuk Palestin ✨🇵🇸 Alhamdulillah, ramai yang hadir malam ni dari semua peringkat umur 💜🇵🇸🇵🇸🍉 #ZAYANshare #FreePalestine #TahlilRobloxZAYAN #Palestine #Gaza ♬ bunyi asal - Panglima@39

 

Julung kali diadakan dan mungkin yang pertama seumpamanya di negara ini, diharapkan lebih banyak aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat diadakan, bukan sahaja menerusi permainan Roblox, malah di platform digital lain juga.

 

@zayan.my Orang Islam, Ibarat satu sakit, sakit semuanya 🍉 InsyaAllah kita akan terus bersolidariti untuk Palestine 🇵🇸✨ Malah satu dunia bersolidariti untuk Palestine 💜 #ZAYANshare #TahlilRobloxZAYAN #Roblox #FreePestine ♬ original sound - ZAYAN

 

 

@zayan.my MasyaAllah ❤️ Inspirasi untuk kita semua ✨ Hebat CIKGUZYD membawa anak muda untuk melakukan aktiviti bermanfaat 🍉🇵🇸 #ZAYANshare #FreePalestine #Roblox #TahlilRobloxZAYAN ♬ original sound - ZAYAN

 

Sumber: Zayan