Yu Cai Foundation Penajaan Tingkatan Enam 2023 Dibuka Untuk Permohonan

Permohonan Yu Cai Foundation Penajaan Tingkatan Enam 2023 dibuka dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Ogos 2023. Calon yang berjaya akan menerima tajaan maksimum RM3,000 untuk pelajaran Tingkatan 6. 

yu cai foundation penajaan tingkatan enam 2023 dibuka untuk permohonan

Tarikh Penting: 

Tempoh Permohonan Talian : 1 Ogos 2023 - 31 Ogos 2023 

Penyerahan Dokumen Fizikal : sebelum 7 September 2023 

.

Kriteria Permohonan: 

• Pemohon mestilah Warganegara Malaysia 

• Pemohon mestilah lulus SPM dan diterima oleh Kolej Tingkatan 6 sebelum permohonan ini (bagi pelajar Semester 1 sahaja) 

• Pendapatan bulanan gabungan keluarga pemohon yang kurang daripada RM6,250 

• Pemohon mesti lulus SPM dengan minimum Gred C untuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah 

• Pemohon harus memperolehi sekurang-kurangnya 5A (termasuk A+ / A / A-) dalam SPM 

• Pemohon yang berjaya (YCF scholar) mesti mengekalkan PNGK minimum 2.50 pada setiap semester sepanjang Tingkatan 6 

• Pemohon yang telah menerima biasiswa/dermasiswa/pinjaman pelajaran lain tidak akan dipertimbangkan 

• Hanya satu permohonan dari satu keluarga dibenarkan dan dipertimbangkan pada tahun yang sama, melainkan keadaan wujud untuk pengecualian 

• Pemohon daripada ahli keluarga terdekat Lembaga Pemegang Amanah YCF, Ahli Jawatankuasa Anugerah dan setiausaha / bendahari YCF tidak akan dipertimbangkan 

.

Cara Permohonan: 

1. Layari laman web rasmi https://www.ycf.org.my/ 

2. Di Tab “Program" klik “Borang Tajaan Tingkatan 6 2023” dan lengkapkan permohonan dengan maklumat yang tepat. 

3. Muat naik semua dokumen salinan sah (CTC) melalui permohonan talian. 

4. Kurier atau serahkan dengan tangan semua dokumen fizikal yang diperlukan ke pejabat YCF sebelum 7 September 2023 untuk melengkapkan pemohonan! 

5. Untuk maklumat lanjut, sila layari web rasmi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman web rasmi Yu Cai Foundation (http://www.ycf.org.my /) atau Facebook (https://www.facebook.com/yucaifoundation) atau hubungi YCF Secretariat ycf@ut.com.my atau +603-2380 6411.