Youtuber China Ubahsuai iPhone Jadi Telefon Boleh Lipat

Kini semakin banyak model telefon pintar yang hadir dengan fungsi boleh lipat yang mana ia dapat menjimatkan ruang penyimpanan pada pengguna.

 

Meskipun fungsi telefon boleh lipat ini masih belum ada pada model telefon pintar keluaran syarikat Apple, seorang Youtuber dari China telah merealisasikan impian itu menerusi satu video DIY di Youtube.

youtuber china ubahsuai iphone jadi telefon boleh lipat

Dalam video tersebut, komponen dalaman iPhone telah dipasangkan bersama kerangka boleh lipat Motorola Razr, sehingga ia menjadi satu model telefon pintar baharu yang disebut sebagai iPhone V, yang juga boleh berfungsi dengan baik.

youtuber china ubahsuai iphone jadi telefon boleh lipat

youtuber china ubahsuai iphone jadi telefon boleh lipat

Video tersebut memaparkan proses yang dilalui untuk menanggalkan semua komponen kedua-dua peranti iPhone serta Motorola Razr. Lihat prosesnya disini:

 

Terdahulu, ada ura-ura mengatakan iPhone kini juga dalam usaha menghasilkan prototaip iPhone boleh lipat, namun sehingga kini masih belum dapat disahkan bila ia akan dilancarkan.

 

Sumber: MacRumors