Seorang lelaki di Taipei mencuri perhatian wargamaya menerusi ciptaan sendirinya iaitu tangki ikan yang membolehkannya membawa ikan mas peliharaannya jalan-jalan.
Semuanya bermula dengan beberapa siri foto yang dimuat naik dalam kumpulan Facebook Open Society daripada ahli yang mendakwa ternampak seorang lelaki berjalan bersama ikan peliharaannya di sekitar Taipei dengan alat yang kelihatan seperti tangki ikan di atas roda.
Foto tersebut menjadi tular sehingga orang ramai mula menyedari bahawa lelaki yang menolak tangki ikan itu sebenarnya seorang YouTuber DIY dari Taiwan popular yang bernama Huang Xiaojie, juga dikenali sebagai Jerry.
Tidak lama kemudian, Jerry menyiarkan video yang mempamerkan ciptaannya itu dan menggelarnya sebagai salah satu cabaran paling sukar baginya.
Menariknya, tiub akrilik itu ialah tangki ikan sebenar yang dilengkapi sistem penapisan berkuasa bateri, pam udara untuk oksigen dan sistem pencahayaan untuk digunakan pada waktu malam.
Jerry membawa tiga ikan masnya berjalan-jalan dan memandangkan semuanya berjalan dengan lancar, dia mengisytiharkan bahawa projek itu berjaya.
Peminatnya bersetuju, memuji kepintarannya, dan berharap agar ciptaan itu benar-benar akan dicetuskan dalam pasaran satu hari nanti supaya mereka juga dapat membawa ikan peliharaan mereka bersiar-siar.
Sumber: [1]