“Sukar Untuk Disahkan,” Agensi Jawab Gosip Hubungan Rosé BLACKPINK dan Kang Dong Won

Pelakon Kang Dong-won dan ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé baru-baru ini telah diseret dalam skandal khabar angin berkaitan hubungan percintaan mereka. Walau bagaimanapun, agensi Rosé, YG Entertainment menyatakan bahawa ia sukar untuk disahkan.

“sukar untuk disahkan,” agensi jawab gosip hubungan rosé blackpink dan kang dong won

Ketika skandal romantik antara Rosé dan Kang Dong-won tersebar luas, seorang pegawai daripada agensi Rosé, YG Entertainment memberikan kenyataan berhati-hati kepada sebuah majalah, "Sukar untuk mengesahkan kehidupan peribadi artis."

 

Khabar angin berkaitan hubungan romantik antara kedua-dua selebriti Korea ini bermula dengan gambar pertemuan pekerja industri fesyen yang baru-baru ini dikeluarkan oleh media di China. Rosé dan Kang Dong-won dilihat duduk bersama, menimbulkan rasa ingin tahu ramai peminat.

“sukar untuk disahkan,” agensi jawab gosip hubungan rosé blackpink dan kang dong won

Disebabkan itu, beberapa peminat menghebahkan khabar angin berkaitan hubungan percintaan mereka, mengatakan bahawa kedua-dua bintang itu memakai pakaian rekaan yang serupa sebagai tanda mereka sedang berpasangan.

 

Dalam perkembangan lain, Rosé dan Kang Dong-won pernah makan bersama di YG Entertainment pada masa lalu. Selepas Kang Dong-won menandatangani kontrak dengan YG Entertainment pada Januari 2016, beliau meninggalkan YG Entertainment pada Disember tahun lalu kerana kontrak eksklusifnya telah tamat.

 

Sumber: Naver