Menteri Pendidikan Berdebar Anaknya Juga Ambil SPM Hari Ini

Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telahpun bermula hari ini melibatkan 403,637 calon dari 20 Feb hingga 15 Mac.

 

Dalam pada itu, anak kepada Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek juga antara calon yang sedang menduduki peperiksaan itu bermula hari ini.

menteri pendidikan berdebar anaknya juga ambil spm hari ini

Menurut Fadhlina, meskipun beliau adalah seorang Menteri Pendidikan, beliau juga adalah seorang ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak, malah turut akui berasa berdebar sama seperti ibu para pelajar lain.

 

Ujarnya, beliau turut berpuasa dan melakukan solat hajat bersama suami sebagai ikhtiar untuk kejayaan anak perempuannya itu.

 

“Semalam beliau (anak) sedikit sebak kerana kami tidak bersama secara fizikal, tetapi semangat dan doa sentiasa diberi. Saya fikir banyak ibadat boleh dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa untuk kejayaaan anak-anak.

“Hari ini misalnya saya berpuasa dan bapanya bangun solat hajat bersama untuk kejayaan anak. Yang pasti berdebar,” katanya.

menteri pendidikan berdebar anaknya juga ambil spm hari ini

Fadhlina tiba di SMK Jalan Empat di Bangi kira-kira jam 7.10 pagi untuk meninjau persiapan peperiksaan SPM selain turut memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM.

 

Sumber: Kosmo!