Wujud Cadangan Cuti Khas Untuk PRN di Enam Negeri, Sabtu Ini

Sabtu ini, 12 Ogos 2023, adalah hari yang dinantikan di enam negeri di Malaysia, bagi memilih kerajaan negeri baharu untuk Pilihanraya Negeri Ke-15 (PRN15).

tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi

Enam negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

 

Ekoran itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan Sabtu ini sebagai cuti khas bagi memberi peluang kepada pekerja untuk keluar mengundi.

 

Saranan itu dibuat kepada kerajaan untuk memberi keselesaan kepada pekerja yang pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

wujud cadangan cuti khas untuk prn di enam negeri, sabtu ini

Terdapat laporan daripada pekerja yang menyatakan ada majikan mengeluarkan notis pekeliling membenarkan pekerja keluar mengundi dalam tempoh hanya dua jam dan tidak boleh melebihi masa dibenarkan.

 

"Bagi menjayakan proses demokrasi yang telah ditentukan, majikan seharusnya memberi kebenaran tanpa syarat. Kerajaan perlu campur tangan dengan memberi cuti khas kepada pekerja bagi membolehkan pekerja memilih wakil rakyat tanpa takut diambil tindakan disiplin.

"MTUC bimbang dengan peratusan keluar mengundi akan terjejas dan berkurangan sekiranya ada halangan bagi pekerja keluar mengundi. Keterlibatan pekerja dalam pengundian akan mencorak masa depan negara," katanya dalam kenyataan.

 

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai cuti yang dicadangkan.

 

Sumber: Astro AWANI