WONDA Kopi Tarik dan Astro Radio Lancar Stesen Radio Paling Original di Malaysia, OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, para pendengar boleh menikmati OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, Selera Original Malaysia, yang dipersembahkan oleh Astro Radio dan Etika. Untuk pertama kali, OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik akan menggabungkan 17 stesen radio dari 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil – untuk mencipta pengalaman radio paling original, dari 6 pagi, 30 Ogos hingga 31 Ogos 2023, di udara dan di aplikasi SYOK.

 

Di OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, para pendengar boleh menikmati susunan lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia, peluang menang wang tunai serta berhibur dengan perbincangan menarik dalam pelbagai bahasa yang mempamerkan keaslian dan keunikan Malaysia.

wonda kopi tarik dan astro radio lancar stesen radio paling original di malaysia, or1 fm dengan wonda kopi tarik

Semasa acara ini, pendengar boleh menikmati siaran unik dalam pelbagai bahasa yang mengetengahkan kepelbagaian budaya serta menunjukkan keaslian Malaysia, sama seperti Wonda Kopi Tarik, Selera Original Malaysia. Pendengar juga boleh mendapatkan kemas kini berbentuk gambar dan video dari OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik menerusi laman media sosial di kesemua jenama radio dan melihat lebih daripada 60 personaliti-personaliti radio kegemaran mereka menggayakan pakaian tradisional yang pelbagai. Sebagai tambahan, pendengar juga berpeluang membawa pulang sebahagian wang tunai bernilai RM30,000 melalui peraduan-peraduan di aplikasi SYOK, dalam tempoh siaran. Untuk sertai, ikuti langkah mudah berikut:

  • Pertama, buka aplikasi SYOK atau layari bm.syok.my
  • Peserta perlu daftar masuk atau daftar akuan untuk menyertai peraduan
  • Klik di pautan ‘Video’, sertai peraduan dan jawab soalan-soalan dengan betul

 

Para pendengar boleh mencadangkan lagu-lagu kegemaran pilihan rakyat Malaysia dari kesemua bahasa untuk dimainkan di OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, sehingga 29 Ogos 2023. Cadangan boleh dihantarkan menerusi kesemua 17 stesen radio di Instagram. Untuk maklumat lanjut, ikuti Astro Radio di kesemua platform media sosial.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)