WHO Masih Tiada Jawapan Kepada Asal Usul COVID-19

Selepas lebih dua tahun dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19, persoalan kepada asal usul wabak itu masih lagi belum terjawab.

who masih tiada jawapan kepada asal usul covid-19

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia ekoran daripada sebahagian besar data daripada China yang hilang, menyebabkan mereka tidak dapat membuat rumusan kepada siasatan ini.

.

Ia menjadi satu tamparan hebat buat WHO selepas bertahun-tahun mereka berusaha menentukan asal usul dan bagaimana COVID-19 bermula.

.

Laporan daripada panel WHO berkata, data menunjukkan virus COVID-19 mungkin berasal daripada haiwan seperti kelawar, kesimpulan yang sama dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam lawatannya ke China sebelum ini.

.

Bagaimanapun kehilangan data terutamanya dari China dimana kes pertama dilaporkan pada Disember 2019, telah menyukarkan usaha untuk menentukan asal usul dan bagaimana virus itu mula ditularkan kepada manusia.

who masih tiada jawapan kepada asal usul covid-19

"WHO akan menyokong semua usaha berterusan untuk lebih memahami bagaimana wabak itu bermula.

"Kami berhutang kepada diri sendiri, berjuta-juta orang yang mati dan berbilion-bilion orang yang dijangkiti," kata pegawai kanan WHO di sekretariat Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Asal Usul Patogen Novel (SAGO), Maria Van Kerkhove.

.

Saintis menegaskan adalah penting untuk mengetahui asal usul wabak ini bagi menentukan cara untuk mencegah wabak yang sama daripada terus merebak di masa akan datang.

.

Sumber: [1]