WHO Kesan Satu Lagi Varian COVID-19 Cepat Merebak Dikenali Sebagai Eris

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengelasifikasikan satu varian koronavirus yang merebak dengan cepat di UK dan Amerika Syarikat sebagai "variant of interest" (VOI).

who kesan satu lagi varian covid-19 cepat merebak dikenali sebagai eris

Namun, WHO menyatakan bahawa varian ini, yang dikenali sebagai EG.5 atau Eris, tidak mengancam kesihatan awam lebih berbanding daripada varian lain.

 

Dengan lebih daripada 17 peratus kes, varian ini kini menjadi yang paling banyak berlaku di Amerika Syarikat dan varian kedua yang paling banyak berlaku di UK, selepas Arcturus.

 

Varian ini muncul ketika peningkatan kemasukan ke hospital yang berlaku semasa cuaca buruk serta tahap imuniti yang makin merosot di UK pada musim panas ini.

 

Tambah pula, minggu ini England telah memutuskan bahawa suntikan percuma vaksin Covid-19 tidak akan ditawarkan kepada hampir 12 juta rakyat Britain berusia 50 hingga 64 tahun pada musim sejuk ini.

who kesan satu lagi varian covid-19 cepat merebak dikenali sebagai eris

Profesor Christina Pagel, ahli kumpulan Independent Sage, berkata beliau percaya UK sedang memulakan gelombang Covid-19 yang baharu, kesan daripada varian Arcturus dan Eris, serta tahap imuniti merosot dan cuaca buruk yang melanda negara.

 

Varian baharu ini mungkin merebak dengan lebih cepat kerana kebanyakan orang sekarang sudah lebih daripada 18 bulan sejak vaksin terakhir yang diambil mereka, kata beliau.

 

Eris, dinamakan sempena dewi Yunani tentang pergaduhan dan perpecahan, juga telah dikesan di China, Korea Selatan, Jepun dan Kanada, serta dibeberapa negara-negara lain.

 

Terdahulu, wabak Covid-19 telah meragut lebih daripada 6.9 juta nyawa di seluruh dunia, dengan lebih daripada 768 juta kes disahkan sejak virus ini muncul. WHO juga mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik pada Mac 2020 dan mengakhiri status kecemasan global bagi wabak ini pada Mei lalu.

 

Sumber: Independent