WHO Kesan Wabak Hepatitis Misteri Yang Makin Merebak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesan sekurangnya 650 kes hepatitis misteri yang menjangkiti kanak-kanak di 33 negara baru-baru ini.

who kesan wabak hepatitis misteri yang makin merebak

Kes itu melonjak daripada hanya 36 kes yang dilaporkan minggu lalu, dengan 99 lagi kes sedang menunggu klasifikasi.

.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Eropah, sejumlah 414 kes penyakit itu kin dalam siasatan di 30 buah negara seluruh dunia.

who kesan wabak hepatitis misteri yang makin merebak

Kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan kes iaitu 222 kes direkodkan di Britain dan 216 kes lagi di Amerika Syarikat (AS) dengan kebanyakkan kes adalah melibatkan kanak-kanak.

.

Sebelum penularan wabak itu, kira-kira separuh daripada kes hepatitis akut atau keradangan hati pada kanak-kanak dilaporkan tidak diketahui puncanya.

.

Bagaimanapun menurut WHO, kes ini sedang disiasat kerana ia dilihat berbeza daripada yang pernah disaksikan oleh pakar-pakar sebelum ini.

who kesan wabak hepatitis misteri yang makin merebak

Ini adalah kerana, hepatitis itu merebak dengan pantas dan lebih teruk dengan ramai kanak-kanak dilaporkan mengalami kegagalan hati. Malah, kebanyakkan mereka juga berada dalam keadaan sihat sebelum disahkan menghidap penyakit itu.

.

Daripada 156 kes yang dilaporkan, kira-kira 14 peratus memerlukan rawatan rapi dan 12 peratus memerlukan pemindahan hati. Selain itu. 75 peratus kanak-kanak yang dijangkiti juga adalah dibawah usia lima tahun.

.

WHO juga berkata tidak jelas sama ada jangkitan sebenar adalah lebih besar daripada jangkaan pakar pada tempoh masa yang sama.

.

 

Sumber: [1], [2]