WHO Jangka Lebih Banyak Kes Cacar Monyet Dikesan Seluruh Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan lebih banyak kes cacar monyet akan dikesan secara global.

who jangka lebih banyak kes cacar monyet dikesan seluruh dunia

Ia berikutan pengawasan yang lebih meluas di negara-negara yang tidak pernah mempunyai kes cacar monyet dibuat pihaknya.

.

Setakat Sabtu lalu, sebanyak 92 kes disahkan dan 28 kes disyaki dilaporkan dari 12 negara yang bukan endemik virus terbabit.

who jangka lebih banyak kes cacar monyet dikesan seluruh dunia

Menurut WHO, penularan virus itu dari manusia ke manusia boleh berlaku susulan individu berjangkit mempunyai hubungan rapat dengan kes yang bergejala.

.

Ekoran itu juga, WHO akan memberikan garis panduan berhubung cara mengurangkan penularan cacar monyet dalam masa terdekat.

who jangka lebih banyak kes cacar monyet dikesan seluruh dunia

Penyakit cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang biasanya ringan dan menjadi endemik di bahagian barat dan tengah Afrika. Ia tersebar melalui hubungan rapat, namun boleh dikawal dengan mudah melalui langkah pencegahan seperti kuarantin diri dan kebersihan.

.

Ketika ini, banyak kes semasa jangkitan cacar monyet yang dikenalpasti adalah melalui jangkitan seksual.

.

Sumber: [1]