Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge menjangkakan pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun 2022.
Meskipun ketika ini wabak COVID-19 masih merebak ke serata dunia, namun ia dilihat lebih terkawal berbanding tahun lalu dengan harapan diletakkan pada program vaksinasi.
Menurutnya, lebih banyak maklumat mengenai wabak ini, termasuklah cara pencegahannya jika hendak dibandingkan ketika awal penularan tahun lalu.
Namun katanya, tiada siapa boleh tahun mengenai pandemik COVID-19 atau wabak lain di masa hadapan.
Kluge menambah, adalah perkara biasa untuk virus bermutasi dan menyesuaikan diri dengan individu yang dijangkiti, namun penularannya yang pantas perlu menjadi penekanan.
Masalah terbesar akan muncul apabila mereka yang sudah divaksin berada di kelompok sama dengan golongan tidak di vaksin, jadi oleh sebab itulah faktor penjadualan dan norma baharu memainkan peranan sangat penting, katanya.
WHO kini juga sedang memantau keberkesanan vaksin COVID-19 yang dibangunkan di seluruh dunia dalam melawan virus itu dan ia perlulah selari dengan mutasi virus berkenaan dari masa ke semasa.
Sumber:
HMetro