Dunia mungkin menghampiri penamat pandemik COVID-19, menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
“Minggu lalu, jumlah kematian mingguan yang dilaporkan akibat COVID-19 adalah yang terendah sejak Mac 2020,” ujarnya.
“Kita tidak pernah berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menamatkan wabak itu. Kita belum sampai ke sana, tetapi penghujungnya sudah ada di depan mata.
“Seorang pelari marathon tidak berhenti apabila garisan penamat kelihatan; dia berlari lebih kuat dengan semua tenaga yang dia ada,” kata Tedros.
“Begitu juga kita. Kita boleh melihat garisan penamat, kita berada dalam kedudukan menang, tetapi sekarang adalah masa yang paling teruk untuk berhenti berlari. Sekarang adalah masa yang paling teruk untuk berhenti berlari. Sekarang adalah masa untuk berlari lebih kuat dan pastikan kita melepasi garisan dan menuai hasil daripada kerja keras kita semua,” tambahnya.
Terbaru, jumlah kes harian COVID-19 mencatatkan trend penurunan yang stabil bagi seluruh dunia dan Amerika Syarikat.
Menurut kemaskini WHO, kiraan kes mingguan menurun di semua wilayah, dengan kejatuhan keseluruhan sebanyak 28 peratus berbanding seminggu sebelumnya.
Sementara itu, di Amerika Syarikat pula, kes semakin menurun sejak dua bulan lalu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.
Sumber: CNN