WHO Bimbang Vaksin Sedia Ada Kurang Berkesan Dengan Varian Baru COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan rasa bimbang dengan keberkesanan vaksin sedia ada dalam menangangi varian baharu COVID-19.

who bimbang vaksin sedia ada kurang berkesan dengan varian baru covid-19

Ia sejurus selepas Afrika Selatan mengumumkan untuk menghentikan sementara vaksin Oxford-AstraZeneca apabila sebuah kajian menunjukkan vaksin itu hanya efektif secara minimum dalam mencegah penyakit ringan hingga sederhana yang disebabkan oleh varian dikenal pasti di Afrika Selatan.

who bimbang vaksin sedia ada kurang berkesan dengan varian baru covid-19

Sehubungan itu, WHO mendesak firma farmaseutikal untuk segera mengadaptasi vaksin keluaran mereka supaya ia kekal relevan terhadap apa jua varian baharu yang dikesan.

Kewujudan varian Afrika Selatan, yang dikenali sebagai B.1.351 atau 501.V2, telah membimbangkan para saintis kerana terdapat mutasi yang luar biasa, terutama dalam pepaku protein, yang digunakan oleh virus untuk melekat dan menjangkiti sel manusia. Pepaku protein juga merupakan bahagian virus yang disasarkan oleh vaksin Covid-19 dan rawatan antibodi.

who bimbang vaksin sedia ada kurang berkesan dengan varian baru covid-19

Sumber: Astro Awani / WSJ