WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Kongsi Fail Pantas Macam AirDrop

Aplikasi permesejan popular, WhatsApp dilapor bakal membangunkan ciri perkongsian fail pantas, sama seperti yang ditawarkan oleh Apple melalui AirDrop ataupun QuickShare di Android.

whatsapp bakal perkenal ciri kongsi fail pantas macam airdrop

Fungsi terbaharu itu melihatkan pemindahan fail berlaku antara peranti tanpa perlu dimuatnaik oleh penghantar mahupun dimuatturun oleh penerima.

 

Menurut WABetainfo, ciri terbaharu itu memperlihatkan pengguna melakukan perkongsian fail dengan mereka yang berdekatan dengan lebih mudah menggunakan aplikasi WhatsApp.

whatsapp bakal perkenal ciri kongsi fail pantas macam airdrop

Pengguna hanya perlu membuka aplikasi itu untuk menghantar mahupun menerima fail dan dokumen.

 

Setakat ini had pemindahan dan jarak tidak diketahui lagi, tetapi WhatsApp sedia menyokong kepada penghantaran fail hingga 2GB melalui aplikasi mereka.

 

Sumber: Astro AWANI