Teka-teki mengenai pelakon filem Keluang Man akhirnya terjawab malam ini menerusi sidang media Keluang Man oleh penerbit, Astro Shaw yang bertempat di Publika, Kuala Lumpur.
Filem arahan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashaf Hashim, ini bakal ditayangkan di pawagam 2025.
Menerusi sidang media dan siaran langsung Tiktok @astrogempak, watak utama Keluang Man akan dibawa oleh pelakon berbakat, Nas Muammar Zar bin Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas T.
Selain Nas T sebagai Keluang Man, watak lain seperti Ahmad akan dibawa oleh Dato Rosyam Noor dan Remy Ishak pula sebagai Shamsir.
Bagaimanapun watak pembantu hero ikonik iaitu Tiong Man masih lagi menjadi tanda tanya dan tidak didedahkan.