Warganet Terkejut Lihat Harga Video Dicaj Influencer Cecah RM48,000

Pempengaruh atau influencer kini menjadi kaedah pemasaran baharu oleh pelbagai jenama-jenama besar bagi mempromosikan barangan mereka.

warganet terkejut lihat harga video dicaj influencer cecah rm48,000

Dengan menggunakan jumlah pengikut yang mereka ada, kaedah pemasaran ini dilihat mudah untuk digunakan, memandangkan ia hanya melalui medium media sosial seperti Facebook, Tiktok, Instagram mahupun Youtube.

 

Namun siapa sangka, seorang influencer di Malaysia mungkin mampu menjana pendapatan lebih RM10,000 untuk setiap kempen promosi yang mereka lakukan?

 

Menerusi perkongsian Facebook @utarmeme23, mereka berkongsi satu tangkap layar menunjukkan harga yang dicaj influencer di Malaysia.

 

Gambar tersebut menunjukkan pakej yang telah ditetapkan seperti:

1x IG Reels (Instagram) – RM22,000

1x Video TikTok – RM26,000

1x gambar Instagram – RM7,000

1x Instagram Story – RM3,000

1 video YouTube 10 minit disambung dengan Facebook – RM48,000

Harga itu menyebabkan kebanyakkan netizen terkejut dengan realiti menjadi seorang ‘influencer’ pada zaman ini.

 

Malah, ada juga yang merasakan mahu berhenti bekerja makan gaji dan mahu menjadi influencer kerana bayaran lebih lumayan.

 

Sumber: Facebook