Gara-Gara Burung, Warga Emas Ini Dihadap Ke Mahkamah

Seorang warga emas berusia 70 tahun dihadapkan ke mahkamah selepas jirannya mengadu bunyi bising 15 ekor burung merpatinya yang menggangu ketenteraman.

gara-gara burung, warga emas ini dihadap ke mahkamah

Alan Pidgely sebelum ini telah menukar bangsal taman berhampiran banglonya yang terpisah menjadi kandang selepas melihat satu iklan burung merpati yang dijual dua tahun lalu. Sejak dari itu, beliau dan isterinya Tara seronok menjaga burung-burung merpati itu bersama-sama ayam, kura-kura, arnab, 50 ekor ikan dan seekor anjing yang diselamatkan mereka.

 

Tetapi jiran mereka, Rebecca Wells, yang dia tinggal bersama selama lebih sedekad, tidak begitu meminati haiwan-haiwan itu. Rebecca mendakwa bunyi burung merpati itu sangat 'menyusahkan' dia dan suaminya hingga memaksa mereka untuk berpindah ke tempat lain.

 

Selepas aduan dibuat, pihak berkuasa pergi untuk menyiasat dan memerhatikan bahawa bunyi merpati perliharaan Pidgley ini boleh didengari dengan begitu kuat sekali. Amaran dikeluarkan buat pertama kali supaya Pidgley mengurangkan bunyi bising itu, namun ia masih berlaku menyebabkannya dibawa ke mahkamah untuk dibicara.

 

Pidgley yang bekerja untuk pihak berkuasa tempatan yang sama sebagai penyelia pembersihan jalan selama hampir 30 tahun, telah mencadangkan jirannya memasang kaca berlapis untuk mengurangkan gangguan bunyi.

 

Bapa dan datuk kepada enam anak itu memberitahu majistret; “Saya memindahkan burung merpati sejauh mungkin dari jiran.

“Jiran saya yang lain tidak mempunyai sebarang masalah dengan mereka - malah mereka lebih dekat dengan tempat mereka disimpan.

“Jiran ini malah meminta jiran lain untuk menyokongnya, tetapi mereka berkata mereka tidak mahu terlibat dan kini dia tidak bercakap dengan jiran itu…. Meskipun mereka pernah keluar bersama sebelum ini..”

 

Beberapa jirannya di Hordle, Hampshire, berkata bahawa mereka seronok mempunyai burung merpati di sekelilingnya - malah ada yang menawarkan untuk membayar dendanya.

 

Bagaimanapun beliau akur dengan keputusan mahkamah untuk melepaskan kesemua burung merpati itu dari sangkarnya.

 

Sumber: [1]