Wanita Tertinggal Telur Dalam Kereta di Melaka, Habis Jadi Telur Separuh Masak [Video]

Malaysia umumnya mengalami cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21˚ C sehingga 32˚C.

 

Namun ada ketika suhu semasa boleh menjadi lebih tinggi daripada biasa, menyebabkan keadaan sekitar menjadi lebih panas dan bahang sehingga mampu memasak beberapa biji telur!

wanita tertinggal telur dalam kereta di melaka, habis jadi telur separuh masak [video]

Itu yang berlaku kepada seorang wanita dari Melaka yang dikenali sebagai Nanie selepas beliau secara tidak sengaja tertinggal beberapa biji telur dalam keretanya selama 12 jam.

wanita tertinggal telur dalam kereta di melaka, habis jadi telur separuh masak [video]

Menerusi akaun TikTok @nanie_azman, beliau dilapor telah meninggalkan dua kartun telur dalam keretanya, yang masing-masing mempunyai 10 biji telur pada setiap kartun daripada malam sehingga jam 1 petang.

 

@nanie_azman habis telur jadi separuh masak😭😭 #fypシ #fail #failcooking #halfboiledeggs ♬ Laughing Funny - John Marindri

 

Beliau yang sedar tertinggal telur berkenaan terkejut apabila mendapati hampir kesemua telur itu bertukar menjadi telur separuh masak, dek kerana cuaca panas dalam keretanya ketika itu.

 

Tidak membazir dengan rezeki yang ada, Nanie kemudian menggunakan telur yang sudah separuh masak itu untuk membuat pelbagai hidangan seperti omelet, telur sambal, telur masak kicap, megi telur dan turut memberikan selebihnya kepada ahli keluarga terdekat.

wanita tertinggal telur dalam kereta di melaka, habis jadi telur separuh masak [video]

Sumber: Tiktok @nanie_azman / WOB