Wanita Terkejut Lihat Telefon Bimbit Rakam Dirinya Masa Buang Air Dalam Tandas Stesen Minyak

Tandas awam merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada orang ramai. Kebiasaannya, stesen minyak akan menyediakan tandas awam bagi kegunaan umum secara terbuka dan percuma.

 

Namun siapa sangka tandas awam ini boleh menjadi ‘mimpi ngeri’ buat segelintir kita hingga terjadinya gangguan yang tidak diingini?

 

Baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa gangguan seorang lelaki tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak.

wanita terkejut lihat telefon bimbit rakam dirinya masa buang air dalam tandas stesen minyak

Menurut pengguna Tiktok @zaujatiaiman, kejadian itu berlaku semasa dia sedang hampir selesai membuang air kecil dalam tandas stesen minyak berkenaan, sebelum terdengar bunyi terhempas.

 

Beliau yang terkejut dengan bunyi itu segera memakai semula seluarnya dan apabila terpandang bahagian atas, kelihatan tangan berserta telefon bimbit sedang merakam dirinya.

wanita terkejut lihat telefon bimbit rakam dirinya masa buang air dalam tandas stesen minyak

Tersentak dengan apa yang dilihat, wanita itu segera menjerit meminta pertolongan dan mengejar lelaki itu keluar daripada tandas berkenaan.

wanita terkejut lihat telefon bimbit rakam dirinya masa buang air dalam tandas stesen minyak

“Saya terus mengejar lelaki tersebut, suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya telah pun membantu saya untuk menahan lelaki tersebut.

“Kerana panic lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang di ambil di dalam toilet tadi, dengan keadaan marah saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan 'trash' dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya yang dia buat di dalam toilet tadi,” ujar wanita itu pada ruangan kapsyen di video Tiktok.

 

@zaujatiaiman Kejadian berlaku semasa sy hendak menggunakan toilet awam,selepas meletakkan kereta berhampiran dgn pam tayar,dan meminta suami utk tlg pam tayar,sy berjalan masuk ke dlm toilet tanpa menyedari yg sy sedang di ekori.semasa hampir selesai membuang air kecil sy terdengar ada sesuatu yg terhempas, kerana terkejut sy terus bangun dan memasang semula seluar dan apabila sy pandang ke atas sy terkejut melihat tangan berserta telefon bimbit sedang merakam sy,lalu sy menjerit meminta tlg dan terus keluar dr toilet apabila menyedari yg merakam tu adalah seorg lelaki,sy terus mengejar lelaki tersebut,suami dan org awam yg mendengar jeritan sy telah pun membantu sy utk menahan lelaki tersebut.kerana panic lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yg di ambil di dlm toilet tadi,dgn keadaan marah sy merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan 'trash' dan di situlah sy mendapati ada video rakaman sy yg dia buat d dlm toilet tadi.suami sy telah pun menelefon pihak polis dan lelaki tersebut telah pun di tahan utk siasatan.terima kasih pada semua yg telah membantu,pesanan sy buat semua wanita,pastikan tandas awam tu betul² selamat baru gunakan,dan adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jgn berseorangan demi keselamatan.kepada lelaki d luar sana yg tidak mampu berfikiran dgn waras dan membuat kerja begini, hentikanlah‼️#beritatiktokviral #trendingnewsmalaysia #viral #fyp #fypシ #rakamancctv #rakaman #wanitamandiri ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya

 

Difahamkan ketika kejadian, suami mangsa sedang mengepam tayar kereta, dan wanita itu seorang diri di dalam tandas berkenaan.

 

Ekoran kejadian, satu laporan polis telah dibuat dan suspek ditahan untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber: Tiktok