Seorang wanita berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila menerima dua keping wang kertas RM20 yang dilukis dengan tangan.
Menerusi video Tiktok, wanita itu menerima duit berkenaan ketika salam kaut semasa kenduri kahwin.
“Ingatkan salam bagi tisu kosong atau sampul kosong sahaja. Rupanya sekarang lagi maju, ada yang lagi teruk rupanya,” kata pengguna tersebut dalam video sama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat tindakan itu adalah tidak patut kerana wang yang beri semasa kenduri kahwin dikira sebagai sedekah.
Untuk info, individu yang menggunakan atau membuat wang palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sumber: Tiktok