Wanita Rusia Mengaku Ceroboh Menara Merdeka 118, Menyamar Pakai Tudung & Seragam Pekerja Bangunan

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai dua warga asing dipercayai dari Rusia, menceroboh dan memanjat hingga ke puncak menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118.

pasangan rusia ceroboh panjat puncak menara merdeka 118, kl

Salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Angela Nikolau telah membuat pendedahan serta pengakuan berada di puncak menara tersebut dalam satu hantaran di Twitter.

 

 

Menurut Angela, dia telah menyewa sebuah apartment dengan pemandangan Merdeka 118 supaya boleh menjalankan pengawasan dan pemerhatian terhadap bangunan itu sebelum memasukinya. Malah, wanita itu juga terpaksa menyamar sebagai pekerja bangunan sebelum dapat masuk ke menara itu tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

wanita rusia mengaku ceroboh menara merdeka 118, menyamar pakai tudung & seragam pekerja bangunan

"Saya berlari ke 32 tingkat pertama dan berada dalam keadaan terlalu panas.

"Saya terpaksa baring di atas lantai konkrit dalam keadaan tidak berpakaian untuk menyejukkan diri sedikit dan minum semua air yang ada," katanya.

 

Beliau juga menceritakan detik cemas apabila dikesan semasa sedang berehat.

wanita rusia mengaku ceroboh menara merdeka 118, menyamar pakai tudung & seragam pekerja bangunan

Angela berkata, sepanjang berada disitu beliau tidak mempunyai makanan dan minuman selain juga tidak tidur.

 

Perkongsian di Twitter ini telah menarik perhatian ramai, hingga ada yang mempersoalkan tahap keselamatan menara pencakar langit itu meskipun ia masih belum dibuka kepada orang ramai.

 

Sumber: Twitter / Sinar Harian.