Kita diseru untuk melakukan kebaikan bukan sahaja sesama manusia, malah kepada hidupan lain juga.
Baru-baru ini, seorang wanita telah menerima pujian ramai selepas sanggup mengalihkan bangkai seekor anjing yang mati di tengah jalan dekat Terengganu.
Menerusi perkongsian yang tular, wanita itu dilihat menggunakan plastik hitam dan bersarung tangan sebelum mengalihkan bangkai seekor anjing yang mati dilanggar dekat Chendering, Terengganu.
“Bangkai anjing agak bersepai kena langgar depan kedai 2C0 Chendering.
“Mungkin awal pagi tadi kena langgar. Aku singgah kedai ni dan ternampakla suasana ni.
“Satu amalan terpuji dan mulia di sisi agama apabila membuang sesuatu yg menghalang di jalan. Kalau Nabi SAW kata duri pun dah dapat pahala, bayangkan bangkai anjing.
“Aku doakan kak ni diberi pahala dan kedudukan di sisi Allah. Moga kita juga rakyat Tranung khususnya dapat contohi amalan mulia ni. Apa saja halangan lalu lalang, kita buang,” demikian perkongsian asal Zul Ihsan.
Sifat mulia wanita itu telah meraih perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memuji tindakan beliau.
Sumber: Facebook