Lahir Tahun 1894, Wanita Tertua Di Dunia Dedah Rahsia Panjang Umur

Seorang wanita yang dikatakan lahir pada tahun 1894 mungkin menjadi individu paling tertua di dunia menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya minggu ini.

lahir tahun 1894, wanita tertua di dunia dedah rahsia panjang umur

Johanna Mazibuko, wanita dari Afrika Selatan kini mempunyai usia 128 tahun, namun belum mendapat pengiktirafan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai manusia tertua di dunia.

.

Hal itu membuatkan komuniti di negara itu sedang berusaha membantu meletakkan nama Johanna dalam rekod dunia.

lahir tahun 1894, wanita tertua di dunia dedah rahsia panjang umur

Johanna yang menetap di Jouberton dan merupakan anak sulung dari 12 adik beradik berkata beliau sempat merasai hidup pada zaman penjajahan British dan era aparteid, serta dua perang dunia.

.

Menceritakan rutin dan rahsianya panjang umur, Johanna menjadikan kombinasi susu segar dan bayam liar sebagai menu makanan hariannya.

lahir tahun 1894, wanita tertua di dunia dedah rahsia panjang umur

Meskipun mempunyai masalah pendengaran, Johanna masih mampu menguruskan hidupnya sendiri dengan dipantau penjaga. Beliau juga sering terkenangkan kembali kehidupan masa lalu.

.

"Saya berkahwin dengan seorang lelaki berusia selepas kematian isteri pertamanya. Dia seorang yang berdikari dan mempunyai kuda serta lembu.

"Saya boleh memerah susu lembu segar dan membuat mentega untuk dijual.

"Dia melayani saya dengan baik sehingga kisah silam kehidupan sebelum berkahwin dapat dilupakan," katanya.

.

Beliau mempunyai tujuh orang anak dengan dua daripadanya masih hidup, disamping 50 orang cucu dan cicit.

.

Sumber: [1]