Muka Cantik Tapi Bilik Berselerak Penuh Dengan Sampah, Warganet Tergamam

Setiap kali kita melihat kepada seseorang, perkara pertama yang dinilai sudah pastinya penampilan individu itu sama ada kemas, cantik mahupun sebaliknya.

 

Namun siapa sangka, disebalik kecantikkan luaran individu ini, rupanya dia mempunyai ruang bilik yang bersepah dan penuh dengan sampah-sarap?

muka cantik tapi bilik berselerak penuh dengan sampah, warganet tergamam

Itu yang menjadi bualan netizen sejak beberapa hari lalu apabila foto dan video sebuah bilik yang disewa seorang wanita di Indonesia, yang berpenampilan cantik dalam keadaan berselerak, kotor dan dipenuhi sampah.

 

Berdasarkan video yang dikongsi pemilik bilik sewa tersebut di Tiktok, beliau berkata penghuninya merupakan seorang pelajar perempuan yang berpenampilan cantik dan berpakaian menarik.

 

Namun beliau tidak menyangka, penyewa itu mempunyai sikap yang amat berbeza dengan penampilannya setiap hari.

 

“Penghuninya cantik dan sentiasa kelihatan kemas apabila berada di luar. Namun, di dalam bilik, pakaian dan barangnya bersepah. Kebetulan pintu tidak dikunci,” kata pemilik tersebut.

 

@irmaflashinratuposting #kotor ♬ suara asli - RAISA GAVRILLA SHOPE

 

Kelihatan menerusi video tular adalah periuk nasi di atas lantai yang tidak dibasuh bersama sisa nasi yang sudah kering, serta batu lesung yang masih basah dan piring serta sisa lauk terbiar yang tidak dibuang.

 

Antara lain adalah bungkusan makanan, plastik serta kotoran makanan pada permaidani dan almari pakaian yang penuh dengan sampah.

 

“Terhidu bau busuk di luar bilik dan keadaan sangat kotor. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” kata pemilik  itu menerusi komen pada hantaran tersebut.

 

Video berkenaan menjadi tular dan mendapat pelbagai komen dan kritikan daripada warganet.

 

Sumber: Tiktok