Ketinggian seseorang mungkin merupakan antara salah satu ciri yang dilihat dalam mencari pasangan hidup.
Bagi wanita, ada yang gemarkan lelaki tinggi dan ada pula yang mahukan sebaliknya. Ada juga yang mungkin tidak kisah mengenai ketinggian kerana ada yang lebih penting daripada itu iaitu kejujuran dan kesetiaan.
Menurut beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar, ada beberapa faktor yang dapat menjelaskan sebab kenapa wanita lebih gemarkan lelaki tinggi berbanding mereka.
1. Lelaki tinggi dianggap lebih kuat, lebih sihat, lebih subur dan lebih mampu melindungi dan menyediakan keperluan keluarga. Teori ini disokong oleh beberapa bukti empirikal, seperti kajian yang menunjukkan bahawa lelaki tinggi mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan juga lebih ramai anak berbanding lelaki rendah.
2. Wanita lebih gemarkan lelaki tinggi berkait dengan norma, nilai dan sterotaip dalam masyarakat. Ia juga berkait dengan kelebihan dan kepercayaan diri, daya tarik dan juga pengaruh.
Selain itu, media juga sering menonjolkan lelaki tinggi sebagai watak yang berkuasa, heroik dan romantik, manakala lelaki rendah pula sering digambarkan sebagai watak yang lucu, lemah dan tidak menarik.
3. Lelaki tinggi sering ditonjolkan sebagai dominasi dan perlindungan. Ia membuatkan wanita berasa lebih feminin dan lelaki lebih maskulin apabila mereka berpasangan.
4. Segelintir wanita berasa lelaki tinggi lebih menghargai mereka, membuatkan mereka rasa dihormati.
Bagaimanapun ini hanyalah pendapat menerusi beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar. Ia tidak melambangkan keseluruhan wanita dan pendapat individu lain.
Apa pula komen anda? Lebih gemarkan lelaki tinggi atau lelaki rendah?
Sumber: The Reporter