Wanita Kelantan Suka Senyum, Jangka Hayat Lebih Panjang – Kajian

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), wanita Kelantan sinonim dengan murah senyuman dan juga mempunyai jangka hayat lebih panjang iaitu 74.8 tahun, berbanding lelaki 69.5 tahun.

wanita kelantan suka senyum, jangka hayat lebih panjang – kajian

Hasil penemuan itu dibuat menerusi data populasi rakyat negeri Kelantan seramai 1.86 juta yang terdiri daripada 50.2 peratus lelaki dan 49.8 peratus wanita.

 

Data itu turut melaporkan julat umur rakyat Kelantan yang berusia baru lahir hingga 14 tahun adalah seramai 29.5 peratus, 15 hingga 65 tahun seramai 63.8 peratus dan 65 tahun ke atas adalah 6.7 peratus.

 

“Dari segi jangka hayat penduduk Kelantan, wanita lebih panjang umur kerana mereka sentiasa ceria, suka senyum dan kuat bekerja.

“Selainnya, mereka sangat menjaga pemakanan dengan melebihkan makan ulam-ulaman dan kaum ibu juga patuh pada amalan berpantang selepas bersalin,” demikian menurut Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim.

 

Tambahnya, wanita Kelantan yang masih berusia dianggap sihat dan produktif untuk bergerak dalam masyarakat dengan kapasiti masing-masing.

 

Sumber: Sinar Harian