Tiada Bekalan Air Bersih, Wanita di Gaza Terpaksa Telan Pil Tangguh Haid

Susulan daripada insiden peperangan yang berlaku di bumi Gaza, Palestin, ramai wanita di negara ini terpaksa mengambil pil penangguhan haid disebabkan keadaan yang terdesak dan tiada bekalan air bersih.

tiada bekalan air bersih, wanita di gaza terpaksa telan pil tangguh haid

Berdepan dengan pengusiran, keadaan kehidupan yang mendesak, dan kekurangan akses kepada air dan produk kebersihan haid seperti tuala wanita dan tampon, wanita di Gaza telah mengambil tablet menangguhkan haid, disebut sebagai norethisterone.

 

Tablet ini biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami pendarahan haid teruk, endometriosis, serta haid yang menyakitkan, bertujuan untuk mengelakkan ketidakselesaan dan kesakitan semasa haid. Pil penangguhan haid ini dilaporkan lebih banyak tersedia di sesetengah farmasi kerana ia tidak biasa digunakan.

 

Menurut Dr. Walid Abu Hatab, seorang pakar perubatan obstetrik dan ginekologi di Kompleks Perubatan Nasser, Younis, tablet ini mengekalkan tahap hormon progesteron tinggi untuk menghentikan rahim daripada mengalami penyingkiran lapisan dalaman, dengan itu dapat menangguhkan kitaran haid.

tiada bekalan air bersih, wanita di gaza terpaksa telan pil tangguh haid

Bagaimanapun, pengambilan pil ini mungkin mempunyai kesan sampingan seperti pendarahan yang tidak teratur, mual, perubahan dalam kitaran haid, pening kepala, dan perubahan mood.

 

Bagaimanapun, sesetengah wanita di Gaza berkata mereka tidak mempunyai pilihan lain, selain terpaksa mengambil risiko tersebut di tengah-tengah serangan berterusan Israel dan sekatan ke atas Gaza.

 

Sumber: Al-Jazeera