Sedih, Wajah Anak Penuh Luka Calar Lepas Pulang Dari Taska

Hancur hati seorang ibu apabila mendapati wajah bayinya yang berusia 10 minggu penuh dengan kesan luka calar selepas pulang daripada taska.

sedih, wajah anak penuh luka calar lepas pulang dari taska

Kejadian berlaku kepada ibu dari Australia, Rachel, yang berkongsi foto anaknya, Noah, dengan lebih 20 kesan calar pada muka.

 

Menurut Rachel, beliau meninggalkan anaknya di pusat jagaan Only About Children, sebelum kakitangan taska itu memberitahu kesan cakaran pada anaknya adalah berpunca daripada kanak-kanak lain.

 

“Ia adalah perkara mengerikan yang boleh berlaku kepada anak lelaki kami. Kejadian ini tidak dapat diterima. Mereka (pihak pengurusan pusat asuhan) memberitahu bahawa perkara itu berlaku secara tidak sengaja tetapi kami tidak boleh menerima penjelasan tersebut.

“Lebih 20 calar di muka Noah, bagaimana ini boleh berlaku secara tidak sengaja?” soalnya.

 

Pihak taska bagaimanapun menawarkan sokongan kewangan bagi kos merawat Noah.

 

“Selepas kejadian itu dan semasa dalam pemulihan, Noah dijangka pulih sepenuhnya dan kami terus menawarkan penjagaan serta sokongan kewangan,” demikian menurut jurucakap taska terbabit.

Kes itu juga telah dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber: Kosmo!