Belum Habis COVID-19, Wabak Norovirus Pula Menular Di Britain

Ketika dunia masih lagi sibuk melawan penularan jangkitan wabak COVID-19, Britain kini berhadapan dengan jangkitan baharu wabak norovirus.

belum habis covid-19, wabak norovirus pula menular di britain

Wabak norovirus yang menyebabkan penghidapnya muntah-muntah, kini menular pantas ke seluruh negara dengan lebih 150 kes dilaporkan sejak Mei lalu. Kali ini, jangkitan wabak itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi jangkitan berbanding lima tahun yang lalu.

 

Selain muntah-muntah, mereka yang dijangkiti boleh mengalami rasa mual secara tiba-tiba, cirit-birit, suhu badan meningkat, sakit pada bahagian perut dan sakit badan.

belum habis covid-19, wabak norovirus pula menular di britain

Jangkitan boleh menular menerusi kontak rapat mereka yang positif, permukaan yang tercemar, dan juga menerusi pengambilan makanan atau minuman yang dicemari.

 

Bagaimanapun, jangkitan norovirus itu masih pada tahap rendah berbanding biasa sepanjang pandemik COVID-19 ini kerana kurangnya kontak bersama orang ramai.

 

“Norovirus berada pada tahap yang lebih rendah berbanding biasa sepanjang pandemik susulan kurangnya peluang untuk wabak itu menular kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, dengan peraturan-peraturan yang telah dilonggarkan, kami melihat terdapat peningkatan dalam jumlah kes bagi setiap peringkat umur.

“Jadi, pastikan anda kekal berada di rumah jika mengalami simptom-simptom norovirus ini,” kata Timbalan Pengarah Perkhidmatan Jangkitan Kebangsaan Kesihatan Awam England, Profesor Saheer Gharbia.

 

Kebiasaannya, mereka yang dijangkiti norovirus boleh sembuh sendiri dalam masa satu ke tiga hari, namun ada juga kes luar biasa di mana virus itu boleh kekal dalam badan sehingga berminggu atau berbulan lamanya.

 

Justeru, amalan mencuci tangan dengan air dan sabun adalah penting bagi mencegah penularan norovirus dan juga COVID-19.

 

Sumber: Kosmo!