Wabak Kolera Telah Meragut 12 Nyawa Di Selatan Niger

Sebanyak 12 orang dilaporkan maut dan 201 lain di tiga wilayah dekat selatan Niger dijangkiti wabak kolera.

wabak kolera telah meragut 12 nyawa di selatan niger

Dilaporkan sebelum ini, negara jirannya, Nigeria mengalami wabak kolera hingga mengorbankan sekurangnya 653 penduduk di 22 daripada 36 wilayah sejak dari Mac lalu.

 

Menurut Menteri Kesihatan Niger, Idi Illiassou Mainassara berkata, hujan lebat di kawasan berkenaan telah memburukkan lagi penyebaran penyakit tersebut dan mereka percaya wabak di kedua-dua negara itu mempunyai kaitan.

 

“Sebahagian besar kes berkaitan dengan wabak selama beberapa bulan di kawasan yang mana terdapat campuran populasi rentas sempadan yang ketara,” kata Mainassara dalam kenyataan.

wabak kolera telah meragut 12 nyawa di selatan niger

Wabak kolera sebelum ini di Niger berlaku di wilayah sama pada tahun 2018.

 

Kolera adalah penyakit bawaan makanan dan air yang disebabkan oleh bacteria Vibrio cholera. Oleh kerana ia merupakan masalah kesihatan awam yang akut dan berupaya untuk merebak dengan cepat dan mungkin mengakibatkan kematian. Antara gejala kolera adalah mengalami dehidrasi dan juga cirit-birit.

 

Sumber: [1]