Wabak Ebola Muncul Kembali, 4 Terkorban Di Guinea

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan kemunculan semula wabak Ebola selepas kali terakhir ia meragut 11,300 nyawa pada 2013 hingga 2016.

wabak ebola muncul kembali, 4 terkorban di guinea

Kini, ia muncul semula di Guinea dan telah meragut empat nyawa, lapor Menteri Kesihatan Guinea, Remy Lamah.

Difahamkan, mangsa terbaharu ialah seorang jururawat yang jatuh sakit akhir bulan lalu.

"Mayatnya dikebumikan 1 Februari lalu.

"Lapan lagi yang terlibat ketika pengebumian mengalami cirit-birit, muntah dan pendarahan.

"Tiga daripada mereka meninggal dunia, manakala empat lagi dimasukkan ke hospital untuk rawatan," katanya sepertimana dilapor AFP.

wabak ebola muncul kembali, 4 terkorban di guinea

WHO dalam satu pengumuman juga memaklumkan terdapat dua kes Ebola dilapor dikesan di Guinea.

"WHO dimaklumkan tentang dua kes disyaki Ebola di Guinea-Conakry," tulis Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus di Twitter.

Sumber: Astro Awani / Tedros Adhanom