Ais Kutub Utara Mencair, Virus Purba Usia 50,000 Tahun Ditemui Semula!

Ekoran daripada pemanasan global, virus purba daripada orang mati menerusi penemuan ‘virus zombi’ telah ditemui muncul semula.

ais kutub utara mencair, virus purba usia 50,000 tahun ditemui semula!

Virus tersebut yang selama ini membeku telah ditemui semula akibat pencairan ais di Hemisfera Utara Bumi.

 

Perkara itu disahkan sepasukan saintis dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis (CNRS) yang cuba menghidupkan semula beberapa virus yang ditemui untuk mengenalinya dengan lebih baik.

 

Sebanyak 13 virus beku telah ditemui dalam tujuh sampel berbeza dari permafros Siberia dan salah satu daripadanya berusia hampir 50,000 tahun!

ais kutub utara mencair, virus purba usia 50,000 tahun ditemui semula!

Menurut saintis, kebanyakan virus yang ditemui dalam kajian itu dicadangkan adalah sebahagian dari keluarga Pandoraviridae virus yang mempunyai DNA dua rantaian dan menjangkiti amoeba.

 

“Berapa lama virus ini boleh kekal berjangkit sebaik sahaja terdedah kepada keadaan luar (cahaya UV, oksigen, haba) dan kemungkinan besar ia akan menjangkiti perumah yang sesuai dalam selang waktu itu, masih mustahil untuk dianggarkan,” kata kajian itu.

 

Bagaimanapun kajian lebih mendalam perlu dilakukan bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai virus itu.

 

Sumber: Kosmo!