Video Wanita Indonesia Sedih Belum Dapat Jodoh, Kini Tular Di Malaysia

Satu klip video yang memaparkan seorang wanita dari Indonesia meluahkan rasa sedih gara-gara belum bertemu jodoh, kini menjadi tular di Malaysia.

 

Wanita yang dikenali sebagai Yaya, meluahkan rasa sedihnya menerusi akaun Tiktok, selepas semua rakan-rakannya sudah berkahwin namun dirinya masih bertemu jodoh yang sesuai.

video wanita indonesia sedih belum dapat jodoh, kini tular di malaysia

“Saya tidak pernah menetapkan sasaran bila mahu berkahwin, namun hasrat itu tetap ada.

“Antara rakan-rakan semua, hanya saya belum berkahwin, namun saya percaya jodoh dan ajal itu ditentukan Tuhan,” katanya.

video wanita indonesia sedih belum dapat jodoh, kini tular di malaysia

Menurut Yaya, rakannya sering mengusik dirinya bakal bertemu calon suami yang kacak dan baik hati, jadi sebab itulah jodohnya sedikit lambat.

 

“Saya tidak sangka luahan hati ini mendapat respons yang banyak dari pengguna TikTok dan saya ingin berterima kasih kepada mereka yang mendoakan perkara baik untuk saya.

“Mungkin ada wanita di luar sana yang juga senasib dengan saya iaitu belum bertemu jodoh,” ujarnya.

video wanita indonesia sedih belum dapat jodoh, kini tular di malaysia

Video yang dihasilkan Yaya itu menunjukkan foto beliau di semua majlis perkahwinan rakannya. Video berkenaan juga sedang tular di Malaysia, menerusi ruangan komen dan juga perkongsian langsung di aplikasi berkenaan.

“Ketika ini, orang Malaysia juga sudah tahu yang saya belum jumpa jodoh dan lambat berkahwin,” jelasnya.

 

Sumber: Tribunnews