Video Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402 Nyanyi ‘Sampai Jumpa’ Buat Netizen Sebak

Selepas Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 meninggal dunia selepas menemui beberapa bahagian serpihan kapal itu di dasar laut, tular satu video yang menyayat hati.

video kru kapal selam kri nanggala 402 nyanyi ‘sampai jumpa’ buat netizen sebak

Sebuah video berdurasi 22 saat memaparkan sembilan anggota kru kapal selam itu dilihat menyanyikan lagu bertajuk ‘Sampai Jumpa’.

video kru kapal selam kri nanggala 402 nyanyi ‘sampai jumpa’ buat netizen sebak

Video yang dikongsi penyanyi asal lagu terbabit, Erix Soekamti di laman Instagram, nyata membuatkan ramai sebak.

video kru kapal selam kri nanggala 402 nyanyi ‘sampai jumpa’ buat netizen sebak

Menerusi video yang tular di Indonesia itu, jelas kelihatan seorang kru sedang bermain gitar, sementara anggota yang lain menyanyikan lirik lagu 'Sampai Jumpa' di dalam sebuah ruang yang dipercayai kapal selam KRI Nanggala 402.

 

 

Dalam pada itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo juga menyampaikan rasa sedih beliau susulan tragedi yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 di perairan utara Bali.

 

Sumber: Erix Soekamti / Astro Awani