Video Viral Ibu Hidap Kanser Sediakan Makan Malam Untuk Anaknya Buat Kali Terakhir

Satu klip video yang tular baru-baru ini telah mengundang rasa hiba dalam kalangan warganet.

video viral ibu hidap kanser sediakan makan malam untuk anaknya buat kali terakhir

Video yang tular menerusi media sosial Douyin menunjukkan si ibu yang menghidap kanser sedang menyediakan makan malam untuk anaknya buat kali yang terakhir.

 

Video itu dirakam anaknya bernama Deng, seorang vlogger dari China dan dikongsikan pada 29 Oktober lalu.

video viral ibu hidap kanser sediakan makan malam untuk anaknya buat kali terakhir

Menurut Deng, meskipun keadaan ibunya itu sangat lemah, dia masih mampu menyediakan makan malam buatnya, membuatkan ramai penonton berasa sebak.

 

Selepas menjalani tiga pusingan rawatan kemoterapi, vlogger China itu ditanya oleh ibunya apa yang dia mahu makan. Selepas memberitahunya, Deng menemani ibunya ke pasar untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan itu.

 

"Dia mengajak saya pergi ke pasar bersamanya. Kami membeli rumpai laut, kentang, dan daging. Selepas pulang ke rumah, dia pergi ke dapur untuk memasak. Semasa dia memasak di dapur, saya duduk di ruang tamu. Saya tidak dapat berhenti menangis, melihatnya dari belakang.

"Dia sudah sangat lemah, tetapi dia masih memasak untuk saya. Dia tercungap-cungap dan berehat lama selepas memasak," kata Deng.

 

Ujar Deng, masakan ibunya sedap seperti selalu. "Saya makan semuanya.."

 

Tidak lama kemudian, ibu Deng meninggal dunia akibat kanser pada awal November, beberapa minggu selepas Deng merakamkan momen itu.

 

Tonton video penuh disini:

 

Sumber: Youtube