Sofyank Kagumkan Negara, Juara Video Kesan Khas Bersama Zach King di AS

Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah sekali lagi membuatkan ramai khasnya warga Malaysia berasa kagum selepas menjuarai pertandingan 'Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month' di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), anjuran pencipta video digital terkenal, Zach King.

sofyank kagumkan negara, juara video kesan khas bersama zach king di as

Menerusi video di Youtube, Zach King berkata dia menjemput tiga pencipta video kreatif terbaik yang pernah memenangi anugerah ‘Magic of the Month’ anjurannya sebelum ini.

sofyank kagumkan negara, juara video kesan khas bersama zach king di as

Selain Sofyank, dua lagi peserta adalah Eva dari Belanda dan Brandon dari United Kingdom.

 

 

Antara cabaran yang perlu dijalani ketiga-tiga mereka adalah ‘Face your Fear’, dimana peserta akan dimasukkan dalam bekas lutsinar dan diisi dengan serangga serta ular selama 60 saat.

sofyank kagumkan negara, juara video kesan khas bersama zach king di as

Apa yang mencuri tumpuan adalah dimana Sofyank tidak gentar dengan cabaran yang diberikan malah beliau mahu membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia kuat dan mampu berhadapan dengan cabaran.

sofyank kagumkan negara, juara video kesan khas bersama zach king di as

Dalam pada itu, ketiga-tiga peserta diminta untuk menghasilkan video kesan khas ‘VFX’, sebelum Sofyank dipilih sebagai pemenangnya.

 

Sebelum ini, Sofyank juga pernah membuat video kesan khas bersama pelakon antarabangsa, Will Smith, Paul Rudd (Ant-Man) dan ramai lagi.

 

Kemenangan Sofyank juga telah mendapat pujian daripada Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil.

 

"Bakat Sofyank mencipta kandungan sangat luar biasa. Insya-Allah akan ada beberapa kolaborasi bersama beliau selepas ini. Paling menarik, beliau sangat beradab dan merendah diri. Terus berjaya, Sofyank," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.