Video Pengunjung Tergantung Terbalik 10 Minit Lepas Fun Fair Tiba-Tiba Berhenti Tular

Sekumpulan pengunjung di sebuah permainan taman hiburan berdepan detik cemas dan mendebarkan apabila permainan yang dinaiki mereka tergantung secara terbalik di udara secara tiba-tiba.

video pengunjung tergantung terbalik 10 minit lepas fun fair tiba-tiba berhenti tular

Kejadian berlaku di Fuyang, dekat wilayah Anhui di China selepas permainan yang dinamakan The Giant Pendulum berhenti secara tiba-tiba ketika mereka berada di titik tertinggi, menyebabkan pengunjung yang menaikinya berada dalam keadaan terbalik.

video pengunjung tergantung terbalik 10 minit lepas fun fair tiba-tiba berhenti tular

Insiden itu membuatkan mereka terpaksa berada dalam keadaan terbalik seperti itu selama 10 minit sebelum bantuan tiba.

 

Video yang kini tular di media sosial itu dilaporkan berlaku pada 19 Januari lepas.

video pengunjung tergantung terbalik 10 minit lepas fun fair tiba-tiba berhenti tular

“Pengunjung taman hiburan tergantung dalam keadaan terbalik selama 10 minit pada titik tertinggi apabila sebuah permainan terhenti tiba-tiba di bandar Fuyang.

“Pekerja terpaksa memanjat naik secara manual untuk membaiki permainan itu. Pegawai taman hiburan memaklumkan bahawa kerosakan itu disebabkan oleh masalah berat,” demikian menurut keterangan pada video.

Pengunjung yang terkandas kemudian diselamatkan oleh pekerja taman hiburan secara manual.

 

Punca kerosakan didapati berpunca daripada berat permainan yang melebihi had sepatutnya.

 

Sumber: Kosmo! / Youtube