Video Tular Konon Pasukan Tentera Malaysia ke Palestin Adalah Tidak Benar

Baru-baru ini, tular video berdurasi 1 minit 36 saat yang telah disiarkan di platform TikTok, kononnya satu batalion tentera Malaysia sudah siap sedia untuk ke negara Palestin bagi tujuan yang tidak dinyatakan.

 

@tukang_kecam87 ALLAHUAKHBAR…😭😭😭 Ya ALLAH…selamatknlh perjalanan mereka pergi & balik..lindungilah keselamatan mereka di sana demi menjaga agamaMU..terima kasih buat semua perwira yg telah mewakili kami dgn mempertaruhkn nyawa kalian atas nama ISLAM…doa kami mengiringi kalian di sana 😭😭😭 #tiktok #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #malaysia #palestine #islam #allahuakbar ♬ original sound - 🥕Tukang_Kecam87🥕

 

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meneliti satu kandungan video tersebut dan mendapati ia merupakan sebuah video lama mengenai anggota ATM yang bertugas ke misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT850-10) ke Lubnan pada tahun 2022.

video tular konon pasukan tentera malaysia ke palestin adalah tidak benar

video tular konon pasukan tentera malaysia ke palestin adalah tidak benar

Justeru, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ia adalah TIDAK BENAR sama sekali.

video tular konon pasukan tentera malaysia ke palestin adalah tidak benar

Justeru orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang pekara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan Masyarakat.

 

Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa dibwah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

 

Sumber: Sebenarnya.my / Astro AWANI