Kita sering diingatkan untuk mengurangkan tempoh melihat skrin bagi menjaga kesihatan mata kita.
Namun satu permainan video mudah alih ini dikatakan mampu memulihkan masalah rabun dan glaucoma yang boleh menyebabkan buta.
Permainan video mudah alih, Meteor Blaster, ciptaan saintis dari Tohoku University Graduate School of Medicine bersama-sama syarikat televisyen Jepun, Sendai Broadcasting Co. Ltd ini dikatakan mampu memulihkan masalah penglihatan seseorang jika dimainkan selama lima minit.
Menurut rekod, 90% daripada 4.65 juta penduduk di Jepun yang mengalami glaucoma enggan mendapatkan rawatan awal pemeriksaan mata mereka di hospital. Glaucoma boleh dirawat jika ia dikesan pada peringkat awal, seterusnya mengurangkan risiko buta.
Bagi merawat masalah ini, maka permainan Meteor Blaster dicipta. Misi permainan ini adalah dengan menembak sebanyak mungkin meteor dan mengumpulkan cahaya putih. Tekan tembak jika meteor berada di tengah dan tekan capture jika cahaya putih telihat. Jarak sebanyak 30 sentimeter antara mata dengan skrin diperlukan ketika bermain.
Selepas bermain untuk empat tahap sebanyak 16 bahagian, permainan itu akan menunjukkan markah skor yang anda perolehi. Menurut penciptanya, markah itu turut menunjukkan tahap glaucoma seseorang jika dia memperoleh skor empat atau lima.
Permainan mudah alih ini kini menjadi semakin popular dalam komuniti. Adakah anda ingin cuba? Klik sini: Mobile Blaster
Sumber: Oddity Central