Meteor atau lazim disebut sebagai tahi bintang, merupakan cahaya terang yang kelihatan melintasi langit malam.
Umumnya, meteor adalah habuk atau debu yang terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Pembakaran meteor ini adalah disebabkan tekanan. Sekiranya ia tidak terbakar habis, maka ia akan tiba ke permukaan bumi dan dikenali sebagai meteorit.
Kedua-duanya berasal daripada sepihan batu komet dan asteroid yang merupakan sebuah jasad, terdiri daripada batu, debu dan ais yang berada di ruang angkasa.
Pernah terfikir tak berapa besar agaknya saiz asteroid yang kini masih berada di angkasa?
Seorang artis 3D dari Sepanyol, Alvaro Gracia Montoya, telah mencipta sebuah video animasi berkomputer dengan durasi 3 minit yang mana ia menunjukkan 20 asteroid berbeza mengikut kepada saiz sebenarnya.
Apa yang menariknya, perbandingan itu dibuat dengan saiz bandaraya New York, daripada asteroid paling kecil dengan ukuran diameter 20 meter (Chelyabinsk meteor) hinggalah paling besar dikenali sebagai Armageddon (asteroid fiksyen) dengan saiz sebesar Texas (695,662 km²)
Terdahulu, meteor Chelyabinsk pernah mengentam negara Rusia pada tahun 2013, menyebabkan banyak kerosakkan dengan kira-kira 1,600 orang cedera.
Sehingga tahun 2011, terdapat 182 kawah hentaman meteor yang telah dikenalpasti di bumi iaitu 58 di Amerika Utara, 39 di Eropah, 9 di Amerika Selatan, 19 di Afrika, 30 di Asia dan 27 di Australia.
Sumber: