Sedih Lihat Video Anak Gajah Enggan Lepas Penjaganya Untuk Tinggal Habitat Asal

Satu video yang menyentuh hati telah menjadi tular menerusi platform X baru-baru ini, menunjukkan seekor gajah enggan melepaskan penjaganya.

sedih lihat video anak gajah enggan lepas penjaganya untuk tinggal habitat asal

Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki dipeluk oleh gajah berkenaan, seolah-olah berat untuk melepaskannya pergi ke habitat asal.

 

Dapat dilihat anak gajah itu juga saling bertukar pelukan dengan penjaganya, menimbulkan suasana sayu di sebuah lokasi yang tidak disebut dalam video tersebut.

sedih lihat video anak gajah enggan lepas penjaganya untuk tinggal habitat asal

Malah, gajah tersebut dilihat mengejar penjaganya yang cuba ‘lari’ dengan menggunakan motosikal.

 

 

"Ikatan antara gajah dan penjaganya sangat luar biasa. Ia seperti tidak melepaskannya," kata kakitangan kereta api, Ananth Rupanagudi dalam video yang mendapat 40,000 tontonan.

"Ia satu ikatan yang mulia dan menyentuh hati semua orang..semoga Tuhan memberkati mereka," menurut ciapan pengguna di platform X.

 

Sumber: X / Sinar Harian