Nampak Bahagia, Victoria Beckham Dedah David Beckham Pernah Curang

Isteri kepada pemain bola sepak popular dunia David Beckham iaitu Victoria Beckham mendedahkan suaminya itu sebenarnya pernah berlaku curang meskipun mereka nampak bahagia di media sosial.

nampak bahagia, victoria beckham dedah david beckham pernah curang

Pendedahan dibuat Victoria menerusi sebuah dokumentari berjudul ‘Beckham’ yang ditayangkan di Netflix, mendedahkan sisi gelap suaminya itu kepada umum.

nampak bahagia, victoria beckham dedah david beckham pernah curang

Menurut Victoria, hubungan sulit suaminya itu bersama bekas pembantu peribadinya di Real Madrid, merupakan detik terburuk dalam hidupnya.

 

Ketika itu, David mempunyai seorang pembantu peribadi iaitu Rebecca Loos pada 2003. David dikatakan berlaku curang dan ia diketahui Victoria selepas Rebecca memberitahu mengenai perkara itu dalam satu temu bual.

 

Victoria kemudian berpindah ke Sepanyol, semata-mata mahu berada disamping David.

nampak bahagia, victoria beckham dedah david beckham pernah curang

“Sebaik saja tiba di Sepanyol, kami bagaikan tidak mendapat sokongan satu sama lain. Ia amat menyedihkan. Saya tak dapat jelaskan betapa sukarnya saat itu dan bagaimana ia memberi kesan pada saya,” kata Victoria.

 

Menurut David, kisah kecurangan itu adalah ujian pertama dan terberat buatnya dalam perkahwinan bersama Victoria.

 

“Kami bukan sahaja kehilangan satu sama lain tetapi tenggelam dalam ujian yang menimpa. Victoria segala-galanya buat saya, jadi apabila melihat dirinya terluka, ia amat sukar untuk saya. Tetapi kami sama-sama memilih untuk berjuang dan bertahan demi perkahwinan serta keluarga,” ujar David.

Sumber: Murai