Isteri kepada bintang bola sepak dunia David Beckham, iaitu Victoria Beckham dilaporkan berperang dingin bersama menantu barunya, Nicola Peltz.
Peltz, 27, baru saja melangsungkan perkahwinan bersama Brooklyn Beckham, 23, yang merupakan anak sulung Victoria dan Beckham, pada April lalu.
Bagaimanapun, memetik Page Six, masalah antara mentua dan menantu itu dilaporkan telah berlaku sejak perkahwinan tersebut dilangsungkan lagi.
“Mereka tidak tahan antara satu sama lain dan tidak bercakap,” kata satu sumber yang rapat dengan keluarga itu kepada Page Six.
Tambah sumber terbabit, Peltz yang merupakan anak perempuan kepada jutawan Nelson Peltz, dikatakan jarang berkomunikasi dengan mak mentuanya dan enggan wanita tersebut untuk terlalu terlibat dalam perancangan majlis perkahwinannya bersama Brooklyn beberapa bulan lalu.
Sumber sama mengesyaki ia mungkin berpunca daripada kecemburuan Peltz yang merasakan mak mentuanya itu terkenal di seluruh dunia dan tidak gemar dengan perhatian yang diraih wanita berusia 48 tahun itu, lagi-lagi ketika hari perkahwinannya pada April lalu.
Sumber: Page Six