Varian Delta Makin Mengganas, Rakyat China Kini Kembali Duduk Rumah

Jutaan penduduk China kembali berkurung di rumah selepas negara itu mengesan jangkitan besar-besaran COVID-19 bulan ini.

varian delta makin mengganas, rakyat china kini kembali duduk rumah

Pengesanan jangkitan dibuat selepas saringan kesihatan besar-besaran dilakukan dan memaksa aktiviti perjalanan mula disekat seperti sebelum ini.

 

Kerajaan tempatan di bandar utama di China kini sedang menyaring jutaan penduduk mereka, malah mengawal kawasan perumahan serta meletakkan kontak rapat di bawah tempoh kuarantin.

 

Bandar Zhuzhou di wilayah Hunan pula mengarahkan 1.2 juta penduduk mereka berada dalam rumah dengan perintah berkurung yang tegas dalam tempoh tiga hari dengan ujian saringan serta vaksinasi.

"Keadaan masih suram dan sukar," kata kerajaan Zhuzhou.

varian delta makin mengganas, rakyat china kini kembali duduk rumah

Negara China sebelum ini melakar kejayaan dengan menjadikan negara itu sifar kes COVID-19, selepas virus itu pertama kalinya dikesan di Wuhan pada penghujung tahun 2019.

 

Namun, berlaku jangkitan baharu yang dipercayai berkaitan kluster di Nanjing di mana sembilan tukang cuci di lapangan terbang antarabangsa telah diuji positif pada 20 Julai lalu, menjadikan sebanyak 360 kes tempatan dilaporkan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

 

Destinasi pelancongan Zhangjiajie berhampiran Zhuzhou menjadi lokasi jangkitan bulan lalu apabila virus itu dibawa dan tersebar ke seluruh negara.

 

Zhangjiajie kemudiannya meletakkan 1.5 juta penduduknya berkurung pada Jumaat lalu dan pihak berkuasa kini sedang mengesan mereka yang melakukan perjalanan dari Nanjing atau Zhangjiajie, malah mengarahkan orang ramai untuk tidak ke lokasi penemuan kes itu.

 

Susulan perkembangan itu, Beijing juga sudah menyekat pelancong masuk ke ibu negara itu ketika percutian musim panas dan hanya membenarkan 'tetamu penting' yang diuji negatif dibenarkan masuk.

 

Sumber: [1]