Varian Baru Omicron, Centaurus Kini Tiba...Telah Dikesan Di Thailand & Singapura

Kes pertama melibatkan varian terbaru Omicron, BA.2.75, yang juga dikenali sebagai Centaurus dilaporkan telah dikesan di wilayah Trang, Thailand.

varian baru omicron, centaurus kini tiba...telah dikesan di thailand & singapura

Memetik laporan Astro Awani, Pusat Perubatan Genom di Hospital Ramathibodi memaklumkan sampel itu dikesan melalui spesimen yang dikumpul pada 28 Jun lalu.

“Analisis penjujukan genom mengesahkan sampel itu merupakan varian BA.2.75,” kata pusat perubatan itu dalam satu kenyataan.

Varian Centaurus pertama kali dikesan di India sekitar awal Mei lalu.

Ia kemudian telah merebak ke Singapura, Jepun, Jerman, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Menurut pakar perubatan, varian itu dijangka merebak dengan cepat dan mempunyai keupayaan mengganggu sistem imun yang dihasilkan vaksin.

 

Sumber: [1]