Terus Bermutasi, Satu Lagi Varian Baru COVID-19 Di Kesan

Virus COVID-19 dilihat terus bermutasi dan ia berjaya dikesan kali ini di New York.

terus bermutasi, satu lagi varian baru covid-19 di kesan
 
Menurut CNN, varian baharu yang dikenali sebagai B.1.526 itu membawa mutasi yang boleh mengelak tindakbalas sistem imun semulajadi badan, selain memberi kesan kepada rawatan antibodi monoclonal.

terus bermutasi, satu lagi varian baru covid-19 di kesan
 
Penyelidik menemui varian baharu itu yang kini merebak di kawasan lain di timur laut Amerika Syarikat.

 
Bagi menghadapi varian baharu ini, California Institute of Technology dilapor membangunkan alat perisian bagi mengesan kes varian B.1.526 di New York.

 
Lebih membimbangkan, kadar pengesanan varian itu meningkat dari akhir Disember hingga Februari 2021, iaitu 12.7 peratus dalam tempoh dua minggu.

 
Setakat ini, AS telah mencatatkan lebih 29 juta kes jangkitan dengan 506 ribu kematian.

 
Varian baharu COVID-19 pertama kali dikesan di Afrika Selatan yang disebut sebagai B.1.351, sebelum ia terus bermutasi dibeberapa kawasan lain di dunia.

 

Sumber: CNN