Varian baharu COVID-19 yang dikenali dengan nama rasmi B.1.427/B.1.429 didapati 11 kali ganda lebih berisiko mengakibatkan kematian berbanding varian Afrika Selatan.
Menurut portal
Mirror.co seperti yang diterbitkan dalam
Kosmo!, varian baharu yang berasal dan dikesan di Amerika Syarikat itu tergolong dalam senarai varian baharu yang semakin bertambah.
Menurut kajian dari Universiti California San Francisco (UCSF), mutasi pada varian itu menyebabkan kandungan virus dalam darah pesakit dua kali ganda lebih tinggi berbanding virus COVID-19 asal yang ditemui di Wuhan, China pada 2019.
Meskipun ia masih dalam kajian, kandungan virus lebih tinggi bermaksud pesakit yang dijangkiti dengan virus tersebut lebih mudah menjangkiti orang lain. Pasukan penyelidik itu turut menyatakan bahawa varian COVID-19 California adalah 11 kali ganda lebih mematikan berbanding varian Afrika Selatan.
Minggu lalu
varian baharu yang dikenali sebagai B.1.526 juga dikesan di New York.
Sumber:
Mirror.co /
Kosmo!